Sunday, March 10, 2024

Wednesday, September 7, 2022

Masa menulis

 Rupanya masa menulis blog yang paling baik ialah ketika menulis paper dan tesis.

Sebab?

Kau sedaya upaya cuba mula menulis, tapi tak de idea husena, lalu kau pun tulis blog. macam sekarang ni lah. 

Ok sekian. 

***

Aku nak tambah satu lagi wishlist dari senarai dalam post sebelum ni.

sebelum umur 30 ni eloklah aku rutinkan diri aku pergi pameran seni macam si Kim Nam Joon Oppa. Katanya dengan pergi pameran seni dapat meneutralkan otak pemikiran saintifik. 

At least kau tak hidup terlalu lurus, terlalu berterus-terang dan terlalu gelojoh Husena. Hidup kena ada seni. 


Nafsu nak jalan oversea aku betul-betul bergelojak, tp bila memikirkan masa depan ni, hmm tak pe lah. 



Tuesday, September 6, 2022

Wishlists Sebelum umur 30 Tahun (:

 Satu list simple:-

1- Hiking Bukit Bendera guna trails hutan/tangga.

2- Tukar almari-almari yang ada dalam rumah dengan almari baru.

3- Konsisten joging 3x seminggu sekurang-kurangnya.

4- Satu bisnes kecil-kecilan dengan kawan-kawan baik. 

5- Published 3 paper (satu mesti first author untuk Q1 journal)


Wishlist Hiking Trails before 30yo:-

1- Bukit Batu Putih
2- Lata Medang
3- Gunung Angsi



Hopefully, I will tick all the list by next year. Till next time (:


Wednesday, August 24, 2022

Posting satu kali 2022

Posting pertama aku untuk tahun 2022 adalah pada hari ni. Bulan Ogos, bertarikh dua puluh lima hari bulan. Sembilan belas hari selepas genap umur aku 29 tahun. Aku sambut hari lahir aku dengan perasaan aneh sikit tahun ini. Aku berharap yang baik-baik sahaja di atas muka bumi ini untuk aku. Hatta, yang mengecewakan itu biarlah yang terbaik. 



I'm at the lowest point of my life today. 


Aku rasa aku dah tak ada harapan untuk sebuah kehidupan yang lebih baik. Aku rasa nasib aku jauhh teruk dari orang lain. Aku dah tak ada harapan dalam dunia pekerjaan, dalam pelajaran pun sendu. 

Orang yang tak faham macam mana perjalanan hidup sebagai pelajar PHD di usia 29 tahun ini, masing-masing dengan fikiran dan mental penghakim masing-masing. 

Hari-hari aku cuba untuk sudahkan kerja makmal, aku cuba menjawab satu-satu komen reviewers untuk paper, aku siapkan permintaan-permintaan supervisor aku yang kena dengan bidang tugas aku. 

Sesungguh-sungguh apa pun aku mencuba yang terbaik, aku semakin jauh daripada kepuasan. Aku dah jadi semakin tak dapat apa yang aku nak sebenarnya.


Doakan aku!


Bulan enam hari tu aku konvo master yang sepatutnya tahun 2020 dulu. Ingatkan dah boleh kahwin dah, hmm abang Doi kata selagi tak habis PHD tak boleh kawin jugak. 
Umur aku dah nak 30 tahun depan. 






Sunday, January 31, 2021

Feeling better

Hampir sahaja mati akal berhadapan dengan situasi Covid-19 yang tak juga beransur pulih malahan semakin meningkat. Kes harian di Malaysia melebihi 5000 setiap hari. Semester dah nak habis, dan aku masih tak ada result. Pening.

Masuk sahaja Januari 2021, slow-slow aku cuba menghilangkan gelisah dan gundah gulana di hati. Aku mula memperbaiki diri, selama ni aku lupa hidup semuanya milik Tuhan. 

Aku jadikan Januari 2021 sebagai titik mula semula aku nak memulakan jalan menjadi hamba yang lebih baik. Sebab apa? sebab semua jalan lain dah buntu. Lab tak boleh masuk, diplomasi urusan phd yang tah bila nak selesai, beberapa lama lagi nak kena bayar yuran belajar sendiri dah, bisnes slow down gila plus jodoh tak jumpa-jumpa (tiber). atas buntunya semua jalan, aku kembali ke tuhan. tipikal manusia, bila susah baru sedar.



Alhamdulillah, 

Hari ini 31 Januari 2021,

And I'm feeling much better. 




Tuesday, September 8, 2020

Random

Semenjak dua menjak ni aku rasa benci lah pada beberapa jenis orang dan peliknya semenjak dua menjak inilah jenis-jenis orang begini ramai betul didekatkan dalam hidup aku.

Sekian, 
Random
Peninglah gini

Thursday, September 3, 2020

Guna perkataan 'kesiaannya' pada tempatnya

 "laaa dah besar dah anak perempuan kamu ni. pandainya belajar tinggi. dah cantik dah dia sekarang, dah kahwin dah?" - A

'belum"- B

"laa, kesiannya!" -A


******

"dah lama kan kahwin? berapa lama dah?" - A

"dah 7 tahun, alhamdulillah"- B

"Berapa orang anak sekarang?"-A

"belum ada rezki lagi"- B

"alahai kesiannya, kahwin dah lama belum ada anak."


***

apa lah nak dikesiankan kat orang-orang itu, mereka okay je dan mereka tak kesian pun kat diri mereka sendiri, kenapa makcik-makcik semua kena kesian kan mereka 


betul lah kita kena guna perkataan kesian pada tempatnya bukan guna dengan betul




Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.