Monday, December 28, 2015

Mata

Bismillah~

Mid semester exam dalam fatrah final examination.

Saya hadir ke test ini semalam dgn mata yg agak bengkak dan sembap. Bukan sebab saya bersengkang mata study, tapi kerana tiba-tiba Allah beri saya rasa sedih .

Munajat saya pagi ni khusus untuk awak adik,
Moga saya tetap jadi kakak awak walau apapun yang awak pilih .

:)


Husna,
6.20am
29 Dis 2015

Friday, December 25, 2015

Cinta mereka Untuk Jalan Ini

Bismillah~

kalau ditanya apa indahnya mereka?

saya jawab
mereka hadiah cinta yang Allah beri

sebab?
cinta mereka diam tanpa kata
tapi
penuh menguatkan untuk setiap jalan-jalan saya.





rahmati mereka Allah

sekian,
Husna



Tuesday, November 24, 2015

futsal

Dalam satu lajnah,

aku dengarkan perbincangan mereka.


"selalu buat program apa nak tajmik (baca:recruit) orang baru ?"- A

"buat futsal ke, iftar ke" -B

"anta dulu kena tajmik macam mana?"- A

"sama la, dengan futsal dengan iftar." -B

898*&^%*&(HB&%$#@!@


realiti zaman banyak yang berubah, cara penarikan mad'u sangat mempengaruhi mad'u yang dihasilkan aku kira. 

jika ditajmik melalui program yang tiada kesungguhan, sekadar tajmik biasa. maka begitulah hasilnya nanti mad'u yang biasa-biasa.

jika ditajmik melalui program-program akademik, wacana pemikiran, dan perbincangan mingguan, maka hasilnya mad'u yang kritis dan intelek.

jika ditajmik asyik dengan program permainan, maka lahirlah mad'u yang main-main.

aku tanya diri sendiri bagaimana komitmen aku, kita dan kau aktivis dakwah hari ini untuk terus menarik logam-logam diluar sana.

muhasabah semula
kerana islam agama meraikan dan hikmah bukan menghukum.

:)

sekian,
Husna


kakak

"salam kak, saya nak jumpa"

"wasalam , boleh"

"kat taman ye kak pukul 6"

"oke inshaaAllah"


***********


sepanjang perbincangan , nampak dia yang penat. 
seperti biasa dia akan menahan semua perasaan yg ada pretend dia masih mampu.

dan akhirnya sebelum balik, aku sentuh dia dgn bertanya khabar abi uminya.

dan akhirnya dia sebak dan menangis. 




ukhtee,
moga Allah ganjari tiap amal kamu. :)


sekian,
Husna


Thursday, September 24, 2015

J A U H

Bismillah~

Mungkin aku patut lari sekejap dari semua ni dan tinggalkan segala-galanya pergi ke satu tempat yg ada pantai dan aku seorang!

lepas seminggu abi pergi buat selamanya..

Mungkin ada yg kata

"kau kuat na"

"Tabahnya kau na"

Ada yg pegang hati-hati kita.
Apa yg dirasa mudah-mudahan DIA pelihara.

sebab aku rasa aku semakin jauh dari kefahaman yg aku bina,
semakin banyak beretorik dalam kata,
semakin penat dilihat dalam kerja.

jujurnya aku perlu kejujuran dalam kefahaman ini.
bukan sana sini menghentam tanpa rasa.
birokrasi entah apa.

Manis suka dalam meminta pada hujung sejadah,
itu yg aku cari.


kita ini bukan robot acuan siapa.

yg rasa jauh kini,
husna

Saturday, June 20, 2015

4 Ramadhan1426 H

Bismillah~

Setelah sekian lama x berpuasa di perantauan (baca: USIM) , tahun ni mmg ini lah yg dilalui. Last skali Ramadan kat universiti masa Tamhidi la kan.. Itupun zaman robot lagi, zaman mula-mula kat universiti :)

"Beza manusia itu adalah pada bilamana dia percaya dan yakin dari mana dia didatangkan, siapa dia yang sebenarnya, dan kemana dia kembali kelak?"


Madrasah Mutamayyizah

Mungkin aku boleh letak Ramadan kali ini satu sekolah yang sangatlah istimewa sebab terlalu besar cabarannya dalam perjalanan Ramadan kali ni,

Satunya 1 Ramadan adalah hari first exam dan paper2 seterusnya dalam bulan exam.

Duanya diri ni  baru nak adapt nak dapat suasana zuqq dibumi Nilai ni. dari sebelum Ramadan lagi,  dah start mencoret-coretkan beberapa perkara target termasuk warming up. dah 4 Ramadan ni. Alhamdulillah ~
Bulan Ramadan kot :)

Tiganya, subjek semester ni yang agak banyak perlu "perhatian" lebih sebab nature sem ni sendiri yang terkadang mengganggu fokus pelajaran.

Empatnya, mungkin ini yang terberat selama aku di USIM. Thesis x jalan-jalan lagi pun masih ada harapan boleh buat, tapi "tanggungjawab" baru as amirah ISUN yg mana adaptation dlm fasa transisi ni dan dalam musim "ujian" bertubi-tubi .


*****

Ya, berpuasa sememangnya satu kekuatan.
Aku pun tak dapat nak jamin ini Bukan Ramadan terakhir aku. hatta, Ramadan hari ini pun belum tentu 24 jam lengkap milik aku.

Ajaib jugak dengan urusan Ramadan kali ini, selalu bila bermonolog merungut dalam hati tentang sesuatu, Pasti Allah hadirkan sesuatu. Dan ia terlalu cepat sampai tak sempat untuk rasa beban tapi rasa seronok dan semangat untuk menyelesaikan satu-persatu perkara.


******

"Wahai Orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" - AlBaqarah; 183

Ini jalannya membentuk taqwa
Ini jalannya menjadi hamba
Ini jalannya  Hai orang beriman !


dan taqwa yang bagaimana?

" ..bertaqwalah kepada Allah dan perhatikan apa yang akan kita laksanakan untuk hari esok(akhirat)" AlHashr:18


Bagaiman kesediaan kita untuk akhirat kelak?
Andai ini Ramadan Terakhir aku,

Maka Kau terimalah amalku untuk persediaan ku bertemuMU kelak wahai Allah

:)

~Husna As Saedah



Tuesday, June 16, 2015

Tekan Atau Sentuh, Lalu je lah

Dulu bagai tanpa nafas mahu menapak,
Kini "konon" dipimpin biar tak keseorangan

Dulu terguris laju mengherdik,
Kini sabar buah amal pengubat sedih

Dulu mengharap cinta kasih didepan mata,
Kini Kasih tanpa melihat apatah dilihat

Dulu dianggap itu beban,
Kini dianggap itu pertanggungjawaban

Dulu kata menyentap tanpa rasa,
Kini kata menyentuh tanpa lelah



*********

Untuk ke hari ini terlalu banyak paksaan dan watak-watak yang terlalu menekan.

untuk bertarik-tali jauh sekali, namun satu prinsip ni yang dah lama dipegang

"Pengalaman ditekan tidak menghalalkan kita untuk turut menekan orang lain walaupun kita ada peluang dan kuasa melakukannya"

sebab inikan cinta :)


Husna As Saedah

Thursday, June 4, 2015

Jadilah maka terjadi

Seperti mencari-cari kekuatan, 

Seperti meninjau semangat yang tinggal,

setelah apa yang terjadi,

Kalau ini caranya tuhan nak tegur, 

Allah

Cukup lah engkau kekuatan aku.

Cukup lah engkau semangat aku.

Bismillahi kaafi ~

0227am
05062015

Wednesday, February 4, 2015

Sistem yang membunuh atau menyokong

Sekadar perbualan ringkas dalam whatsapp..

*********

"Aku Oke je tapi nanti kau dengan team kau ready lah untuk present kalau ditanya" -dia

"okey saje, hantar lah"- aku

" Tapi PPP dah bagi tau awal-awal program biar sikit tapi smooth"- dia

"Optimis je la, Kata mahasiswa"- aku

........

************

Cuma aku teringat pembentangan kertas kerja " Can Muslim Think? daripada Dr Khairudin AlJuneid daripada Universiti nasioanal Singapore.

Masalah orang islam ni ada dua.

1- Malas nak berfikir dan tend untuk membazirkan fikiran mereka pada benda yang tak penting.

2- Belum cuba tapi dah bermain dengan banyak alasan dan yang utamanya takut nak cuba dulu.

Dan seharusnya mahasiswa muslim itu perlu optimis!

Walau terkadang sudah tahu ada sistem yang terlalu bersistem yang selalu sahaja membunuh semangatnya Mahasiswa!

-Husna AsSaedah-




Sunday, January 25, 2015

Teaser muhasabah tahun

Bismillah.

Tahun 2015 dah 25 hari berlalu.
2014 begitu byk warnanya.

warna yg tak mungkin aku lupa.

Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.