Wednesday, August 24, 2022

Posting satu kali 2022

Posting pertama aku untuk tahun 2022 adalah pada hari ni. Bulan Ogos, bertarikh dua puluh lima hari bulan. Sembilan belas hari selepas genap umur aku 29 tahun. Aku sambut hari lahir aku dengan perasaan aneh sikit tahun ini. Aku berharap yang baik-baik sahaja di atas muka bumi ini untuk aku. Hatta, yang mengecewakan itu biarlah yang terbaik. 



I'm at the lowest point of my life today. 


Aku rasa aku dah tak ada harapan untuk sebuah kehidupan yang lebih baik. Aku rasa nasib aku jauhh teruk dari orang lain. Aku dah tak ada harapan dalam dunia pekerjaan, dalam pelajaran pun sendu. 

Orang yang tak faham macam mana perjalanan hidup sebagai pelajar PHD di usia 29 tahun ini, masing-masing dengan fikiran dan mental penghakim masing-masing. 

Hari-hari aku cuba untuk sudahkan kerja makmal, aku cuba menjawab satu-satu komen reviewers untuk paper, aku siapkan permintaan-permintaan supervisor aku yang kena dengan bidang tugas aku. 

Sesungguh-sungguh apa pun aku mencuba yang terbaik, aku semakin jauh daripada kepuasan. Aku dah jadi semakin tak dapat apa yang aku nak sebenarnya.


Doakan aku!


Bulan enam hari tu aku konvo master yang sepatutnya tahun 2020 dulu. Ingatkan dah boleh kahwin dah, hmm abang Doi kata selagi tak habis PHD tak boleh kawin jugak. 
Umur aku dah nak 30 tahun depan. 






Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.