Sunday, January 31, 2021

Feeling better

Hampir sahaja mati akal berhadapan dengan situasi Covid-19 yang tak juga beransur pulih malahan semakin meningkat. Kes harian di Malaysia melebihi 5000 setiap hari. Semester dah nak habis, dan aku masih tak ada result. Pening.

Masuk sahaja Januari 2021, slow-slow aku cuba menghilangkan gelisah dan gundah gulana di hati. Aku mula memperbaiki diri, selama ni aku lupa hidup semuanya milik Tuhan. 

Aku jadikan Januari 2021 sebagai titik mula semula aku nak memulakan jalan menjadi hamba yang lebih baik. Sebab apa? sebab semua jalan lain dah buntu. Lab tak boleh masuk, diplomasi urusan phd yang tah bila nak selesai, beberapa lama lagi nak kena bayar yuran belajar sendiri dah, bisnes slow down gila plus jodoh tak jumpa-jumpa (tiber). atas buntunya semua jalan, aku kembali ke tuhan. tipikal manusia, bila susah baru sedar.



Alhamdulillah, 

Hari ini 31 Januari 2021,

And I'm feeling much better. 




No comments:

Post a Comment

Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.