Saturday, January 18, 2020

Senyap sepi




Akhir bulan lepas semasa reunion #72 kat wedding Bidd, lama sembang dengan ily dan kebetulan anaknys si Mikael elok je tak merengek masa tu. 

Random je ily cerita pasal masa mula-mula balik setiawangsa, group usrah dia best sangat. Usrah sentiasa berjalan apa semua. Kemudian, dia ditukarkan usrah dan usrah barunya tak berjalan. Since, ily pun dah ada anak jadi dah agak payah nak bergerak follow up apa semua bla bla bla.


Husna diam sahaja mendengarkan.

akhirnya, Husna angkat suara:

"Aku dah lama tak pergi usrah, nak masuk tiga bulan aku tak respon semua berkaitannya."

Aku tambah lagi

"dan aku juga dah letak jawatan segala jawatan luar yang ada"

Ily jawab:

"Seriuslah?" - semacam nak kan penjelasan lebih dalam.

Aku kata:
"sebab terluka"


***

Jarang-jarang rasa terluka ni muncul, tapi itulah kalaulah ianya terjadi pada anda sendiri nescaya anda tidak memperlekehkan rasa terluka orang lain.

Dan,

Maaf sebab dahulunya pernah juga meremehkan rasa terluka orang lain.

#72 berhuha di wedding Bidd


Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.