Sunday, December 22, 2019

Profesionalisma & Bersungguh Dalam Apa Jua Kerja

Hampir sahaja aku mati kejung sebentar tadi,

Bila mana aku telah begitu letih dan penat dengan kerja-kerja ditempat kerja,

pulang kerumah melihat screen telefon, meneliti satu-persatu perbualan whatsap yang dibiarkan sepi sejak berminggu.

Entah kenapa aku begitu berkira,
Semuanya meminta tapi tiada satu yang bertanya khabar dan keadaan semasa.


***


Buat yang mengenali,pasti tahu aku yang tidak suka bertangguh kerja lagi-lagi bila kerja-kerja yang begitu diminati.

Hatta kerja yang tidak diminati pun, aku sebaiknya membuat dengan bersungguh supaya aku sendiri puas setelah meninggalkannya nanti.

Cuma, aku pelik dengan sikap segelintir yang lain.

Kenapa tidak punya keinginan dan kesungguhan seperti yang aku beri.


Mungkin expectation aku yang tinggi dan begitu melihat kesempurnaan kah?

tidak juga!

 kerana aku sendiri tidak meletak apa-apa harapan selain menyumbang seminima mungkin dalam setiap kerja, tapi kenapa orang lain sepertinya tidak?


ahahaha


*****




sekian, mati kejung sebentar tadi melihat perbualan di whatsap yang begitu meminta , tp mereka tidak sekali cuba memberi seperti apa yang mereka minta.

Contoh septong sosej yang dibuat dgn begitu bersungguh dan profesional
menjadi corndog yang begitu menyelerakan kan?



Salam Penghujung Tahun
(:

Friday, December 20, 2019

Persekitaran Yang Berubah

Tahun 2019 ini lebih kepada aku kembali ke pangkal jalan kehidupan. Sampai dah suku tahun berlalu, setengah tahun berlalu, setengah suku tahun berlalu dan akhirnya kini sudah pun bulan disember dan aku masih dalam fasa kembali ke pangkal jalan yang masih belum tiba. 


Dah usia segini, persekitaran mula berubah. Kawan-kawan sudah mula berkeluarga. Skop pergaulan aku yang dahulunya kiri-kanan adalah pelajar, orang-orang muda kini telah berubah.

Awal tahun ini tiap kali aku ke Lab, persekitaran aku adalah postgrad yang berusia. Tiap hari perbincangan adalah seputar hal rumah tangga, hal anak-anak dan hal survival kehidupan. 



Pertengahan tahun aku sudah mula kerja, sekali lagi semua rakan-rakan sudah berkeluarga dan bakal berkeluarga. Yang belum punya perancangan, kebanyakannya sudah selesa dengan kestabilan kewangan.

Di hujung-hujung tahun 2019 ini, aku banyak travel. Kebanyakannya, outstation dan sekadar escapism di hujung minggu. Aku tidak lagi berminat dengan kerja-kerja bermasyarakat yang dahulunya menjadi agenda utama aku disetiap minggu.

Suka ke Husena dengan perubahan ini?

Alhamdulillah syukur.


____


Sejujurnya aku mula keluar ke sebuah kehidupan yang lebih luas tahun ini. Berdiri sendiri dan lebih berdikari mencari sesuatu yang belum lagi aku capai sebelum ini. Kehidupan ini terlalu luas. Satu aku tinggalkan, rupanya sepuluh peluang menanti dihadapan.

Cumaa..


Berani tak berani 

teguh tak teguh 

menghadapi risikonya.  





Salam 21 Disember 2019,
Huseena


Wednesday, August 28, 2019

Tertangguh

Jarang-jarang berlaku dalam hidup aku satu suasana yang sangat mudah untuk aku terhibur dan ralit dibawa arus suasana yang agak mudah aku mampu belajar banyak benda.



Antara sisi paling menariknya, ia antara sisi  dalam hidup selama 25 tahun ini yang paling banyak mengubah cara pandang, cara berfikir dan cara melatih diri untuk terhibur dengan tenang perwatakan manusia yang pelbagai.


Dan iya.

Semuanya sangat menarik.

Dan rupanya lagi,
Payah benar mencari circle begini lagi. (Atau mungkin belum ketemu atau ditemukan).










Terima kasih (teman-teman) sepanjang disember 2016-Disember 2018 yang berlalu.

Sekian, ini benar-benar pos tertangguh.

Wednesday, February 6, 2019

GANTI

Rupanya kita berada di sini

kerana

ada yang telah pergi.

dan

kita juga bakal pergi

dan tempat kita ini akan juga diganti.


tenang-tenang dan percaya,
hidup tak selamanya (:

Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.