Tuesday, January 28, 2014

Gila Kuasa

Bismillahirrahmanirrahim

Allah

Allah

Allah


***

Larangan Gila Kuasa


Riwayat: (Bukhari dan Muslim)

Hadith: 
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata: Nabi SAW berkata kepada ku:Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan. 

Huraian Hadith: 


Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa. Ini adalah kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah. Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu tersebut mempunyai kepentingan tertentu. Kepimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati. Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkannya sedangkan dialah orang yang paling layak insyaAllah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah akan dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah SWT dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.


Monday, January 6, 2014

Hangat Terasa, Tangan Yang Membelai

Assalamualaikum WHb

Sigh~

fuh fuh fuh.

bertebaran lah aura-aura positip. di sini daku mengharapkan yang baik-baik sahaja.
macam biasa belog dijengah lantaran sukarnya dgn dunia.

baru habis jawab paper Object Programming. Ya Allah. mmg lah assesment mark aku macam okehh gittew. tapi kan tapi kan tapi kan tau tak tadi ape aku  buat dlm exam hall?

kita bukak soalan. kite menung. pastu kite start mereka coding-coding acah-acah programmer berjaya gittew. 

memang woowww sgt. tapi kite yakin ada YANG maha menolong hambanya ni . Alhamdulillah bila kite selak2 buku balik. Alhamdulilah thumma Alhamdulillah :)

pastu macam x betul kejap emosi dr tengah hari sampai ke petang. buat tu tak kena. buat ni tak kena. jalan sana x waras. jalan situ x betul. haish~

makanya petang tu berhasrat kepada something. aku dgn menonongnya ikut yani ngan tirah nak release jugak. hah. hambeekk kaw , ak melantak Burger King yg menjadi Idaman suri aku. and yani confess dia tahu ada yg x kena dgn aku.

bila dah balik rumah

"una dah back to normal:)" -yanie

**********


sometimes, ade yang membuatkan kite down sampai tahap petala kite rasa 
macam emm emm emm nom nom nom sgt :(
tapi kite perlu yakin dan percaya ada DIA yang telah mengaturkan segalanya. ujian emosi, ujian dalam ujian. ujian dalam bersahabat, ujian berukhuwah , ujian hati, ujian rindu , itu semua ujian menguatkan dan mematangkan. hadapi dan laluilah dengan ditemani oleh bekalan tarbiyah zatiyyah ruhiyyah yg selalu pinta digilap.

ALLAHURRABBI

3 Paper lagi ~

Organic Chemistry
Analytical chemistry
PHilosophy of Sciences

Allahuyusahhilni. 

Allah Redakanlah dan berkatilah atas tiap apa yang aku lakukan
syukurkan aku akan  kecukupan ini kerna aku insan lemah yang hanya 
dapat melaksanakan sesuatu dgn iradahMu :)


Angin ..
kau nyanyikan lagu
kau nyanyikan lagu tenang selalu.


Bayu, sampaikan berita.. aku kini setia aman dan bahagia

selimutkan rinduku bersama malammu :)




Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.