Wednesday, July 27, 2016

Percaya Tuhan

Bismillah,

Agak berkali juga dijadikan rujukan dan pertanyaan buat akhawat saya yang bakal masuk fasa berdua, kebanyakannya bertemu melalui fasa baitul muslim sebelum ke fasa taaruf.

soalan yang mudah tetapi jawapan yang sukar.

"nak minta pendapat. awak/enti/ko kenal kan dia ni? ok ke dia? "- mereka

harus bagaimana saya insan lemah ini mahu menjawab untuk membuat persepsi kepada manusia lain.

akan saya jawab soalan ini diakhir penulisan ini.




****

Saya dibesarkan dalam keluarga yang besar dengan adik-beradik yang ramai (tujuh je). Lima abang lelaki dan seorang adik perempuan. Ketika zaman kanak-kanak saya, abang-abang sudah besar sudah bekerja dan tinggal jauh dari saya. maka saya hanya bermain dengan adik. kemudiannya bermain dengan anak buah yang umur kanak-kanak kami lebih kurang.


sejak kecil, saya sudah melihat abang sudah berkereta sendiri, bekerjaya dan akhirnya berumah tangga. maka pemikiran saya sejak kecil ialah saya disogokkan dengan pelbagai jenis penghargaan dan hadiah. hari jadi dapat hadiah, no 1 dalam exam dapat hadiah, hari raya dapat banyak duit raya baju raya kasut raya, semuanya kerana abang-abang yang sudah berjaya. bagi saya mereka sangat berjaya!


Membesarnya saya melihat kejayaan abang-abang juga melihat kenakalan mereka sikit-sikit. Saya juga melihat perkembangan bisnes keluarga (bisnes katering) yang berkembang ke satu tahap abah dengan mak tak menang tangan maka saya dan adik agak "berdikari" dirumah sendiri setiap kali cuti dari asrama sekolah menengah. kesemuanya sangat menginspirasikan seorang anak kecil!


Dalam pada itu, tidak lari untuk saya menyaksikan jatuh bangun mereka. Ada abang yang bermula dari bawah, berkahwin diusia yang muda dan akhirnya membina kerjaya hingga ke puncak. Ada juga abang yang berjawatan engineer di syarikat swasta, lingkup syarikat gaji berbulan tidak dibayar kini sudah teguh perniagaan sendiri membuka peluang kerja kepada masyarakat lain. dan bermacam gelombang yang hadir yang saya saksikan dengan mata sendiri.


Tahun 2010, abah pergi buat selamanya kerana komplikasi jantung dan buah pinggang. Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan, sebelum saya masuk ke dewan peperiksaan SPM, berlangsungnya majlis restu ilmu di luar dewan yang mana ibu ayah dibenarkan bersama pelajar. Dan saya menangis di tandas dewan mengingati bait-bait nasihat abah yang terakhir kepada saya.

"kamu jaga diri dan jangan tinggal solat"

Saya simpan wajah abah dengan amanatnya itu jauh dalam hati, dan saya yakin saya mampu untuk beri yang terbaik. Ya, dan saya berjaya. Tahun 2015, sekali lagi seakan situasi 2010 berulang siaran, abang sulung yang tersayang pergi juga akhirnya setelah lama sakit disebabkan masalah saraf dan jantung.


Menyaksikan semua kisah jatuh bangun keluarga, saya mula memasang azam dan impian untuk berjaya dan menjadi kuat. Kerana saya tahu, suatu hari nanti, cabaran saya seperti mereka. Saya bersyukur diberi sekolah kehidupan yang begini. Dikala semua kawan sebaya agaknya sedang dengan masalah tidak cukup line internet, masalah bergaduh dengan adik-beradik yang seusia, masalah tak cukup masa mengurus masa, saya disekolahkan dengan pelbagai cerita kehidupan keluarga sendiri sejak kecil. Saya merasai kehilangan orang tersayang, saya merasai menjadi support system wanita-wanita yang hampir putus harapan kehilangan suami, saya juga menjadi saksi kejayaan demi kejayaan anggota keluarga.

mashaaAllah

**lap air mata**

Sebelum arwah abang menunggal dunia (2015), saya ditanya olehnya tentang soalan seorang pakcik (ikhwah) yang serius bertanya status saya sama ada sudah ada calon suami atau tidak mewakili anaknya. Saya tiada jawapan tetapi dengan tenang kami berbincang panjang tentang sedikit perancangan masa depan saya. Yang jelas, jawapan abang ialah soal jodoh tak payah susah, kamu belajar dulu capai cita-cita (sambil saya urut kakinya).

dan abang meninggal dunia beberapa selepas itu.

Sejak itu saya sudah melupakan segalanya dan semuanya tentang jodoh ataupun perkahwinan. saya hanya mahu mempersiapkan diri saya sebaiknya untuk sebuah kehidupan akan datang (termasuk perkahwinan) dan aim saya yang utama adalah cita-cita (nampak workaholic dengan gila kuasa dgn tak da life kan?)


Atas semua perjalanan sekolah kehidupan yang saya lalui, saya harap benar akhawat yang bertanya ada sedikit pemikiran bahawa terlalu panjang perjalanan selepas perkahwinan, kalau istikharah membawa ketenangan maka teruskanlah dan terimalah pasangan seindahnya. Sebab dunia tak pernah tenang dengan pelbagai arus gelombang.

Bahawa kenapa mesti terlalu banyak masa dihabiskan hanya untuk tahu yang terbaikdan sekiannya, menghabiskan masa mencari jodoh dan mendekati pelbagai wasilah baitul muslim, orang tengah, dan sebagainya,

sedangkan

perkahwinan tentang melalui sekolah kehidupan yang nyata.


Ada jodoh tak kemana,

pelihara maruah itu yang utama.

*****

Betapa saya melihat akhawat saya yang kini dalam fasa berjaya dalam taaruf, bukanlah mereka yang menonjol diri menunjuk makna mahu yang terbaik mahu yang itu mahu yang ini di media sosial. Kerana mereka yakin

bahawa

kalau tak mahu pokok bergoyang, jangan sekali datangkan angin.

jadi wanita yang baik itu mahal.


dan buat kali kedua saya katakan tidak.

Allah, Redhai!



Sekian,
Husna As Saedah.
Wad CHDW Hospital Serdang.






2 comments:

  1. unaa (aku ler tu haha pikir nak kawen ni cane exam cane :P -mebi free sangat la kot sampai boleh buang masa fikir prosedur compared to perancangan masa depan)

    ReplyDelete
  2. x de salah pun, fikir je lah nabilala.

    (:

    ReplyDelete

Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.