Bismillah :)
Pengakhiran tahun 2015 Allah susun saya didalam gap panjang fatrah exam..
saya bermuhasabah dengan buku Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi oleh Ustaz Hazsrizal.
sebabnya satu ; kembara ustz Hasrizal dalam buku tersebut hampir sama dengan kondisi saya di dua kosong satu lima (baca: 2015)
dalam penulisannya, sebelum ustaz ke Turki ketika itu adalah masa kemuncaknya kejayaan, jemputan motivasi, program dakwah, kemewahan dan sebagainya. maka kembara ke Turkinya itu adalah satu proses menalar semula makna dirinya semula.
saya jumpa sesuatu bila saya bermuhasabah di akhir 2015 dengan buku itu,
2015 tahun yang terlalu berwarna-warni untuk seorang Husna .
*****
Tahun 2015
keluarga saya sangat diuji,
Orang yang paling menginspirasikan saya pergi buat selamanya,
pelajaran saya seakan sukar,
FYP saya agak jauh buntu dibanding dengan yang lain,
Disamping saya harus memenuhi tuntutan jemputan utk dipenuhi,
dan yg selainnya yang tak mampu untuk diceritakan sedalamnya di sini.
Namun..
Pelangi Allah hadir dalam setiap episod.
Dan air mata kesyukuran saya hadir tiap kali pelangi cintaNya muncul :)
*********
seperti mana yang dinukilkan ustaz dalam buku tersebut,
saya dan 2015 ini lah tahun yang begitu diuji dengan kejayaan, kesenangan dan kemewahan. maka saya bermuhasabah mencari menggali menalar makna diri yang sebenar.
dan akhirnya,
Allah jualah yang mentakdirkan ini semua hingga tertulis begini indahnya kisah seorang Husna.
********
terima kasih 2015 Husna
:)
Husna As saedah
13.20
08012016
Thursday, January 7, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hello 2024 (:
Bila pandang belakang, laaa jauh dah berjalan.
-
Bismillah, Agak berkali juga dijadikan rujukan dan pertanyaan buat akhawat saya yang bakal masuk fasa berdua, kebanyakannya bertemu melalu...
-
Posting pertama aku untuk tahun 2022 adalah pada hari ni. Bulan Ogos, bertarikh dua puluh lima hari bulan. Sembilan belas hari selepas genap...
-
"laaa dah besar dah anak perempuan kamu ni. pandainya belajar tinggi. dah cantik dah dia sekarang, dah kahwin dah?" - A 'belu...