Wednesday, April 12, 2017

Membangun jiwa untuk mambangun semula manusia (:

Bismillah

Agak lama tidak menulis di sini dan selepas beberapa perubahan besar berlaku dalam fasa hidup saya sendiri. Mana tidaknya, bermula dengan berpindah daripada alam pekerjaan ke alam kampus semula. Juga berpindah tempat ke zon utara. Juga semakin mencuba menambah amal dalam pelbagai bidang yang begitu baru.

Sepenuhnya diserahkan segala usaha dan apa yang terjadi ini kepada tuhan rabbul izzati moga Dia selalu melimpahkan berkahnya atas setiap jalan-jalan saya.

Semakin saya mula berjalan dan berkenal dengan pelbagai jenis manusia daripada golongan cerdik pandai, pemimpin tertinggi organisasi, orang-orang lama yang begitu terkehadapan dengan kapasiti bidang masing-masing hinggalah kepada anak-anak muda seusia saya yang datang daripada latar dan jalan yang berupa pelbagai warna daripada tuhan, juga mereka-mereka dijalanan kota raya dan juga pengajar-pengajar realiti kehidupan yang sebenar daripada warga pekerja kilang, pelajar-pelajar saya yang datang daripada pelbagai bangsa dan agama. Dan akhirnya, saya diam dan bosan dengan jalan kehidupan ini.

Paling signifikannnya, saya  berpindah dari kawasan yang begitu subur dengan pembangunan , penganjuran, penghayatan program tarbiah (baca: pendidikan) dan begitu ramai penggerak dan takungan yang minta disentuh dari sebuah kota metropolitan. Dan hari ini saya duduk di daerah yang begitu sukar untuk membangun manusia memaknai erti memanfaatkan wasilah untuk peningkatan diri yang lebih baik. Saya mulai goyah untuk meneruskan impian-impian dakwah yang pernah diimpikan satu masa dulu. Selalu saya bertanya, kenapa mesti saya disini hari ini, kenapa disini hati saya tidak lagi merasai hamasah-hamasah yang dulu di kota metropolitan, kenapa tiada daurah-daurah yang dianjur untuk menyatukan semua manusia disini, kenapa tiada langsung orang-orang yang mahu menggerakkan hati manusia dengan bersungguhnya disini? kenapa tiada apa-apa yang ada disini?

Dan satu hari itu saya tersedar, 

Mungkin tuhan telah menjawab doa saya yang saya minta Moga Allah jangan pisahkan saya dengan jalan dakwah.

Maka Allah menempatkan saya disini agar saya membangun jiwa saya untuk mambangun semula manusia di sini dengan dakwah yang penuh cinta.

Allah, 
Terima Kasih!

Husna,
12 April 2017
Bumi Muallim.



Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.