Saturday, June 20, 2015

4 Ramadhan1426 H

Bismillah~

Setelah sekian lama x berpuasa di perantauan (baca: USIM) , tahun ni mmg ini lah yg dilalui. Last skali Ramadan kat universiti masa Tamhidi la kan.. Itupun zaman robot lagi, zaman mula-mula kat universiti :)

"Beza manusia itu adalah pada bilamana dia percaya dan yakin dari mana dia didatangkan, siapa dia yang sebenarnya, dan kemana dia kembali kelak?"


Madrasah Mutamayyizah

Mungkin aku boleh letak Ramadan kali ini satu sekolah yang sangatlah istimewa sebab terlalu besar cabarannya dalam perjalanan Ramadan kali ni,

Satunya 1 Ramadan adalah hari first exam dan paper2 seterusnya dalam bulan exam.

Duanya diri ni  baru nak adapt nak dapat suasana zuqq dibumi Nilai ni. dari sebelum Ramadan lagi,  dah start mencoret-coretkan beberapa perkara target termasuk warming up. dah 4 Ramadan ni. Alhamdulillah ~
Bulan Ramadan kot :)

Tiganya, subjek semester ni yang agak banyak perlu "perhatian" lebih sebab nature sem ni sendiri yang terkadang mengganggu fokus pelajaran.

Empatnya, mungkin ini yang terberat selama aku di USIM. Thesis x jalan-jalan lagi pun masih ada harapan boleh buat, tapi "tanggungjawab" baru as amirah ISUN yg mana adaptation dlm fasa transisi ni dan dalam musim "ujian" bertubi-tubi .


*****

Ya, berpuasa sememangnya satu kekuatan.
Aku pun tak dapat nak jamin ini Bukan Ramadan terakhir aku. hatta, Ramadan hari ini pun belum tentu 24 jam lengkap milik aku.

Ajaib jugak dengan urusan Ramadan kali ini, selalu bila bermonolog merungut dalam hati tentang sesuatu, Pasti Allah hadirkan sesuatu. Dan ia terlalu cepat sampai tak sempat untuk rasa beban tapi rasa seronok dan semangat untuk menyelesaikan satu-persatu perkara.


******

"Wahai Orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" - AlBaqarah; 183

Ini jalannya membentuk taqwa
Ini jalannya menjadi hamba
Ini jalannya  Hai orang beriman !


dan taqwa yang bagaimana?

" ..bertaqwalah kepada Allah dan perhatikan apa yang akan kita laksanakan untuk hari esok(akhirat)" AlHashr:18


Bagaiman kesediaan kita untuk akhirat kelak?
Andai ini Ramadan Terakhir aku,

Maka Kau terimalah amalku untuk persediaan ku bertemuMU kelak wahai Allah

:)

~Husna As Saedah



Tuesday, June 16, 2015

Tekan Atau Sentuh, Lalu je lah

Dulu bagai tanpa nafas mahu menapak,
Kini "konon" dipimpin biar tak keseorangan

Dulu terguris laju mengherdik,
Kini sabar buah amal pengubat sedih

Dulu mengharap cinta kasih didepan mata,
Kini Kasih tanpa melihat apatah dilihat

Dulu dianggap itu beban,
Kini dianggap itu pertanggungjawaban

Dulu kata menyentap tanpa rasa,
Kini kata menyentuh tanpa lelah



*********

Untuk ke hari ini terlalu banyak paksaan dan watak-watak yang terlalu menekan.

untuk bertarik-tali jauh sekali, namun satu prinsip ni yang dah lama dipegang

"Pengalaman ditekan tidak menghalalkan kita untuk turut menekan orang lain walaupun kita ada peluang dan kuasa melakukannya"

sebab inikan cinta :)


Husna As Saedah

Thursday, June 4, 2015

Jadilah maka terjadi

Seperti mencari-cari kekuatan, 

Seperti meninjau semangat yang tinggal,

setelah apa yang terjadi,

Kalau ini caranya tuhan nak tegur, 

Allah

Cukup lah engkau kekuatan aku.

Cukup lah engkau semangat aku.

Bismillahi kaafi ~

0227am
05062015

Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.