Bismillah~
Setelah sekian lama x berpuasa di perantauan (baca: USIM) , tahun ni mmg ini lah yg dilalui. Last skali Ramadan kat universiti masa Tamhidi la kan.. Itupun zaman robot lagi, zaman mula-mula kat universiti :)
"Beza manusia itu adalah pada bilamana dia percaya dan yakin dari mana dia didatangkan, siapa dia yang sebenarnya, dan kemana dia kembali kelak?"
Madrasah Mutamayyizah
Mungkin aku boleh letak Ramadan kali ini satu sekolah yang sangatlah istimewa sebab terlalu besar cabarannya dalam perjalanan Ramadan kali ni,
Satunya 1 Ramadan adalah hari first exam dan paper2 seterusnya dalam bulan exam.
Duanya diri ni baru nak adapt nak dapat suasana zuqq dibumi Nilai ni. dari sebelum Ramadan lagi, dah start mencoret-coretkan beberapa perkara target termasuk warming up. dah 4 Ramadan ni. Alhamdulillah ~
Bulan Ramadan kot :)
Tiganya, subjek semester ni yang agak banyak perlu "perhatian" lebih sebab nature sem ni sendiri yang terkadang mengganggu fokus pelajaran.
Empatnya, mungkin ini yang terberat selama aku di USIM. Thesis x jalan-jalan lagi pun masih ada harapan boleh buat, tapi "tanggungjawab" baru as amirah ISUN yg mana adaptation dlm fasa transisi ni dan dalam musim "ujian" bertubi-tubi .
*****
Ya, berpuasa sememangnya satu kekuatan.
Aku pun tak dapat nak jamin ini Bukan Ramadan terakhir aku. hatta, Ramadan hari ini pun belum tentu 24 jam lengkap milik aku.
Ajaib jugak dengan urusan Ramadan kali ini, selalu bila bermonolog merungut dalam hati tentang sesuatu, Pasti Allah hadirkan sesuatu. Dan ia terlalu cepat sampai tak sempat untuk rasa beban tapi rasa seronok dan semangat untuk menyelesaikan satu-persatu perkara.
******
"Wahai Orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" - AlBaqarah; 183
Ini jalannya membentuk taqwa
Ini jalannya menjadi hamba
Ini jalannya Hai orang beriman !
dan taqwa yang bagaimana?
" ..bertaqwalah kepada Allah dan perhatikan apa yang akan kita laksanakan untuk hari esok(akhirat)" AlHashr:18
Bagaiman kesediaan kita untuk akhirat kelak?
Andai ini Ramadan Terakhir aku,
Maka Kau terimalah amalku untuk persediaan ku bertemuMU kelak wahai Allah
:)
~Husna As Saedah
Saturday, June 20, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello 2024 (:
Bila pandang belakang, laaa jauh dah berjalan.
-
Bismillah, Agak berkali juga dijadikan rujukan dan pertanyaan buat akhawat saya yang bakal masuk fasa berdua, kebanyakannya bertemu melalu...
-
Posting pertama aku untuk tahun 2022 adalah pada hari ni. Bulan Ogos, bertarikh dua puluh lima hari bulan. Sembilan belas hari selepas genap...
-
"laaa dah besar dah anak perempuan kamu ni. pandainya belajar tinggi. dah cantik dah dia sekarang, dah kahwin dah?" - A 'belu...
una, bukan 1436h ke? hii
ReplyDelete