Tuesday, November 24, 2015

futsal

Dalam satu lajnah,

aku dengarkan perbincangan mereka.


"selalu buat program apa nak tajmik (baca:recruit) orang baru ?"- A

"buat futsal ke, iftar ke" -B

"anta dulu kena tajmik macam mana?"- A

"sama la, dengan futsal dengan iftar." -B

898*&^%*&(HB&%$#@!@


realiti zaman banyak yang berubah, cara penarikan mad'u sangat mempengaruhi mad'u yang dihasilkan aku kira. 

jika ditajmik melalui program yang tiada kesungguhan, sekadar tajmik biasa. maka begitulah hasilnya nanti mad'u yang biasa-biasa.

jika ditajmik melalui program-program akademik, wacana pemikiran, dan perbincangan mingguan, maka hasilnya mad'u yang kritis dan intelek.

jika ditajmik asyik dengan program permainan, maka lahirlah mad'u yang main-main.

aku tanya diri sendiri bagaimana komitmen aku, kita dan kau aktivis dakwah hari ini untuk terus menarik logam-logam diluar sana.

muhasabah semula
kerana islam agama meraikan dan hikmah bukan menghukum.

:)

sekian,
Husna


No comments:

Post a Comment

Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.