Bila mana aku telah begitu letih dan penat dengan kerja-kerja ditempat kerja,
pulang kerumah melihat screen telefon, meneliti satu-persatu perbualan whatsap yang dibiarkan sepi sejak berminggu.
Entah kenapa aku begitu berkira,
Semuanya meminta tapi tiada satu yang bertanya khabar dan keadaan semasa.
***
Buat yang mengenali,pasti tahu aku yang tidak suka bertangguh kerja lagi-lagi bila kerja-kerja yang begitu diminati.
Hatta kerja yang tidak diminati pun, aku sebaiknya membuat dengan bersungguh supaya aku sendiri puas setelah meninggalkannya nanti.
Cuma, aku pelik dengan sikap segelintir yang lain.
Kenapa tidak punya keinginan dan kesungguhan seperti yang aku beri.
Mungkin expectation aku yang tinggi dan begitu melihat kesempurnaan kah?
tidak juga!
kerana aku sendiri tidak meletak apa-apa harapan selain menyumbang seminima mungkin dalam setiap kerja, tapi kenapa orang lain sepertinya tidak?
ahahaha
*****
sekian, mati kejung sebentar tadi melihat perbualan di whatsap yang begitu meminta , tp mereka tidak sekali cuba memberi seperti apa yang mereka minta.
Contoh septong sosej yang dibuat dgn begitu bersungguh dan profesional menjadi corndog yang begitu menyelerakan kan? |
Salam Penghujung Tahun
(: