Friday, December 20, 2019

Persekitaran Yang Berubah

Tahun 2019 ini lebih kepada aku kembali ke pangkal jalan kehidupan. Sampai dah suku tahun berlalu, setengah tahun berlalu, setengah suku tahun berlalu dan akhirnya kini sudah pun bulan disember dan aku masih dalam fasa kembali ke pangkal jalan yang masih belum tiba. 


Dah usia segini, persekitaran mula berubah. Kawan-kawan sudah mula berkeluarga. Skop pergaulan aku yang dahulunya kiri-kanan adalah pelajar, orang-orang muda kini telah berubah.

Awal tahun ini tiap kali aku ke Lab, persekitaran aku adalah postgrad yang berusia. Tiap hari perbincangan adalah seputar hal rumah tangga, hal anak-anak dan hal survival kehidupan. 



Pertengahan tahun aku sudah mula kerja, sekali lagi semua rakan-rakan sudah berkeluarga dan bakal berkeluarga. Yang belum punya perancangan, kebanyakannya sudah selesa dengan kestabilan kewangan.

Di hujung-hujung tahun 2019 ini, aku banyak travel. Kebanyakannya, outstation dan sekadar escapism di hujung minggu. Aku tidak lagi berminat dengan kerja-kerja bermasyarakat yang dahulunya menjadi agenda utama aku disetiap minggu.

Suka ke Husena dengan perubahan ini?

Alhamdulillah syukur.


____


Sejujurnya aku mula keluar ke sebuah kehidupan yang lebih luas tahun ini. Berdiri sendiri dan lebih berdikari mencari sesuatu yang belum lagi aku capai sebelum ini. Kehidupan ini terlalu luas. Satu aku tinggalkan, rupanya sepuluh peluang menanti dihadapan.

Cumaa..


Berani tak berani 

teguh tak teguh 

menghadapi risikonya.  





Salam 21 Disember 2019,
Huseena


No comments:

Post a Comment

Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.