Thursday, October 6, 2016

Harga



Semalam saya beli satu buku

walhal saya ada 7 buku baru yg plastiknya belum pun buka.

***

Tadi saya beli lotion vaseline aloe vera.

padahal lotion yang lama macam-macam belum habis guna.


***

Saya selak newspaper,

kes songlap duit oleh SPRM 123juta.

***

kesemuanya antara fikiran orang berduit sendiri yang bekerja.
kan?

Doakan saya untuk baki-baki hari kerja di sini (;

yeahhh.

"Dalam genggam tanganmu itulah masa depan ummah wahai pemuda" -Sheikh Mustafa al-Ghulayaini

Wednesday, July 27, 2016

Percaya Tuhan

Bismillah,

Agak berkali juga dijadikan rujukan dan pertanyaan buat akhawat saya yang bakal masuk fasa berdua, kebanyakannya bertemu melalui fasa baitul muslim sebelum ke fasa taaruf.

soalan yang mudah tetapi jawapan yang sukar.

"nak minta pendapat. awak/enti/ko kenal kan dia ni? ok ke dia? "- mereka

harus bagaimana saya insan lemah ini mahu menjawab untuk membuat persepsi kepada manusia lain.

akan saya jawab soalan ini diakhir penulisan ini.




****

Saya dibesarkan dalam keluarga yang besar dengan adik-beradik yang ramai (tujuh je). Lima abang lelaki dan seorang adik perempuan. Ketika zaman kanak-kanak saya, abang-abang sudah besar sudah bekerja dan tinggal jauh dari saya. maka saya hanya bermain dengan adik. kemudiannya bermain dengan anak buah yang umur kanak-kanak kami lebih kurang.


sejak kecil, saya sudah melihat abang sudah berkereta sendiri, bekerjaya dan akhirnya berumah tangga. maka pemikiran saya sejak kecil ialah saya disogokkan dengan pelbagai jenis penghargaan dan hadiah. hari jadi dapat hadiah, no 1 dalam exam dapat hadiah, hari raya dapat banyak duit raya baju raya kasut raya, semuanya kerana abang-abang yang sudah berjaya. bagi saya mereka sangat berjaya!


Membesarnya saya melihat kejayaan abang-abang juga melihat kenakalan mereka sikit-sikit. Saya juga melihat perkembangan bisnes keluarga (bisnes katering) yang berkembang ke satu tahap abah dengan mak tak menang tangan maka saya dan adik agak "berdikari" dirumah sendiri setiap kali cuti dari asrama sekolah menengah. kesemuanya sangat menginspirasikan seorang anak kecil!


Dalam pada itu, tidak lari untuk saya menyaksikan jatuh bangun mereka. Ada abang yang bermula dari bawah, berkahwin diusia yang muda dan akhirnya membina kerjaya hingga ke puncak. Ada juga abang yang berjawatan engineer di syarikat swasta, lingkup syarikat gaji berbulan tidak dibayar kini sudah teguh perniagaan sendiri membuka peluang kerja kepada masyarakat lain. dan bermacam gelombang yang hadir yang saya saksikan dengan mata sendiri.


Tahun 2010, abah pergi buat selamanya kerana komplikasi jantung dan buah pinggang. Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan, sebelum saya masuk ke dewan peperiksaan SPM, berlangsungnya majlis restu ilmu di luar dewan yang mana ibu ayah dibenarkan bersama pelajar. Dan saya menangis di tandas dewan mengingati bait-bait nasihat abah yang terakhir kepada saya.

"kamu jaga diri dan jangan tinggal solat"

Saya simpan wajah abah dengan amanatnya itu jauh dalam hati, dan saya yakin saya mampu untuk beri yang terbaik. Ya, dan saya berjaya. Tahun 2015, sekali lagi seakan situasi 2010 berulang siaran, abang sulung yang tersayang pergi juga akhirnya setelah lama sakit disebabkan masalah saraf dan jantung.


Menyaksikan semua kisah jatuh bangun keluarga, saya mula memasang azam dan impian untuk berjaya dan menjadi kuat. Kerana saya tahu, suatu hari nanti, cabaran saya seperti mereka. Saya bersyukur diberi sekolah kehidupan yang begini. Dikala semua kawan sebaya agaknya sedang dengan masalah tidak cukup line internet, masalah bergaduh dengan adik-beradik yang seusia, masalah tak cukup masa mengurus masa, saya disekolahkan dengan pelbagai cerita kehidupan keluarga sendiri sejak kecil. Saya merasai kehilangan orang tersayang, saya merasai menjadi support system wanita-wanita yang hampir putus harapan kehilangan suami, saya juga menjadi saksi kejayaan demi kejayaan anggota keluarga.

mashaaAllah

**lap air mata**

Sebelum arwah abang menunggal dunia (2015), saya ditanya olehnya tentang soalan seorang pakcik (ikhwah) yang serius bertanya status saya sama ada sudah ada calon suami atau tidak mewakili anaknya. Saya tiada jawapan tetapi dengan tenang kami berbincang panjang tentang sedikit perancangan masa depan saya. Yang jelas, jawapan abang ialah soal jodoh tak payah susah, kamu belajar dulu capai cita-cita (sambil saya urut kakinya).

dan abang meninggal dunia beberapa selepas itu.

Sejak itu saya sudah melupakan segalanya dan semuanya tentang jodoh ataupun perkahwinan. saya hanya mahu mempersiapkan diri saya sebaiknya untuk sebuah kehidupan akan datang (termasuk perkahwinan) dan aim saya yang utama adalah cita-cita (nampak workaholic dengan gila kuasa dgn tak da life kan?)


Atas semua perjalanan sekolah kehidupan yang saya lalui, saya harap benar akhawat yang bertanya ada sedikit pemikiran bahawa terlalu panjang perjalanan selepas perkahwinan, kalau istikharah membawa ketenangan maka teruskanlah dan terimalah pasangan seindahnya. Sebab dunia tak pernah tenang dengan pelbagai arus gelombang.

Bahawa kenapa mesti terlalu banyak masa dihabiskan hanya untuk tahu yang terbaikdan sekiannya, menghabiskan masa mencari jodoh dan mendekati pelbagai wasilah baitul muslim, orang tengah, dan sebagainya,

sedangkan

perkahwinan tentang melalui sekolah kehidupan yang nyata.


Ada jodoh tak kemana,

pelihara maruah itu yang utama.

*****

Betapa saya melihat akhawat saya yang kini dalam fasa berjaya dalam taaruf, bukanlah mereka yang menonjol diri menunjuk makna mahu yang terbaik mahu yang itu mahu yang ini di media sosial. Kerana mereka yakin

bahawa

kalau tak mahu pokok bergoyang, jangan sekali datangkan angin.

jadi wanita yang baik itu mahal.


dan buat kali kedua saya katakan tidak.

Allah, Redhai!



Sekian,
Husna As Saedah.
Wad CHDW Hospital Serdang.






Tuesday, May 31, 2016

Batu-Bata Asas

“Tarbiyah ini ibarat proses menghasilkan batu bata. Daripada tanah yang penuh dengan kotoran dan bendasing yang menyelaputinya, ia ditapis untuk mendapatkan tanah yang berkualiti. Seterusnya tanah itu diberi bentuk mengikut kesesuaian dan dimasukkan pula ke dalam relau (furnace) untuk dibakar dan diuji ketahanannya. Dan ketika proses inilah, batu yang benar-benar berkualiti akan bertahan dan tidak akan pecah akibat kuatnya bahang api yang dikenakan. Akhirnya, batu bata yang terselamat itu digunakan sebagai bahan asas dalam membina sesebuah bangunan.”

Orang cakap adik-adik saya persis saya. Hoi!
Mereka jauh lagi kuat daripada saya sebenarnya.

#Nangis  


Husna
14.48
01062016

Wednesday, May 25, 2016

closed

Bismillah~

Betapa Allah sangat menyayangi saya dengan menghadirkan insan-insan yang begitu memberi pengajaran pada hidup ini. Betapa rezki Allah yang begitu luas tak mampu untuk saya hitung. Sebab menjadi yang terbaik untuk yang terbaik adalah indah. Dan benar! yang indah itu payah.

“Dan mereka yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf mencegah daripada yang munkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Attaubah:71

Untuk itu, ayuh membudaya menjadi manusia untuk ummah,
Perananya bila penting.
Munculnya bila genting.

“Ibuku menyodori pisau, “Potong jari kakimu. Kelak jika kau jadi ratu, kau tak akan terlalu banyak berjalan. Jadi kau tak membutuhkannya.” Maka kuambil pisau itu dan kugigit bibirku saat aku berusaha memutuskan ibu jari kakiku. Kubuang bagian kecil tubuhku itu ke tempat sampah untuk menjadi santapan anjing. Kini kusadari, Nak, dunia ini memang penuh dengan sepatu kekecilan yang hanya menerima orang-orang termutilasi.

(Perempuan Buta Tanpa Ibu Jari)” 
― Intan Paramaditha, Sihir Perempuan




Sekian.

Sunday, May 22, 2016

Urusan Allah




Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan : ‘ Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi.

Dan sesunggunya KAMI  telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang2 yang dusta.

29:2-3  


***

Kasi aku sikit masa untuk menjawab terlalu banyak soalan yang diutarakan sebab aku perlu rujuk pada yang sebenar-benar pengurus urusan ini.

Cukuplah Allah bagiku.


Husna,
Yang sedang dijejaki. 

Kah

Thursday, May 12, 2016

Seolah-olah

Seolah-olah tulisan ini menegur aku,

seolah-olah buku ini mencuit aku,

seolah-olah whatsapp ini ditujukan kepada aku,

seolah-olah artikel ini menghentam aku.

***

berhenti melihat persepsi isi-isi dunia,

Cukuplah sekadar dimuhasabahkan

(:

Husna As Saedah,
Cuba menilai.

Wednesday, April 13, 2016

#Qudwah

Sedang menyiapkan satu artikel yang lama terkubur.

plus bayar hutang yang dijanjikan.

dan pagi-pagi buka emel kat ofis

***

ada satu emel daripada seseorang yang sangat saya hormati.
minta pandangan untuk artikelnya yang akan dipublish di satu media. Kalau nak diikutkan siapalah saya untuk diminta pandangan berbanding dia yang sudah lama makan garam dalam dunia ni (:

Seperti resmi padi, makin tinggi makin menunduk.
jazakillah kerana menginspirasikan saya di pagi hari.

Husna,
Terinspirasi.

Thursday, April 7, 2016

Tertunggu-tunggu

Usai Subuh, aku mengambil buku bacaan. Mencari sesuatu yang rasa kurang perlu ditambah.
Aku memilih kisah Khalid Al-walid. Aku berhenti sampai ke ayat ini,

"Malam yang hujan ketika aku berdiri menggunakan baju zirah dengan pedang dan perisai di tanganku dan melihat lagi dan lagi ke arah timur, menunggu matahari terbit agar aku bisa memulai pertempuran."

Lama aku diam membiarkan buku di tangan tanpa menyambung pembacaan. Aku tutup buku. Bersiap ke tempat kerja untuk hari Jumaat yang baru.


****
Betapa Khalid Al-Walid tertunggu-tunggu untuk hari siang bagi memulakan langkah-langkah perjuangan dan aku masih lagi berbasi-basi berfikir mahu lari dalam pertempuran ini

(;

Allah,
Aku lemah.

Monday, February 15, 2016

Pakar Bidang

Bismillah

Zaman semester tujuh ketika parah menyiapkan final year project adalah zaman yang agak pening fikir nak internship kat mana.

dan

Zaman semester lapan tengah practical, zaman fikir nak sambung belajar ke nak kerja ke nak follow the flow.

Somehow,
Ada satu nasihat yang selalu jadi motivasi buat saya.
Dan mungkin juga orang yang menasihati ni menjadikan dirinya turut termotivasi bersama saya untuk dia menghabiskan master.



Sekian,
Husna
Cemerlang untuk ummah dan Islam

#SuratJawapan satu

Whatsapp masuk.


Soalan dari adik favourite:

"pernah tak rasa kau nak apa hah dalam hidup ni? orang cakap itu adalah objektif hidup, tapi kau tak rasa dekat pun dengan objektif tu"



Jawapan dari kakak:

tak pandai nak cakap apa, pandai share apa yang dirasa sahaja :)




Husna,
Yang parah mengaplikasi ayat "Qad Aflahaa Man zakkaha"

Doakan.


Buku dan Husna

Bismillah~

Cuti kali ni tema bacaan lebih kepada kewanitaan. Mungkin lepas dihenyak dengan pelbagai isu ketika saya menghadiri muzakarah ketua siswi, PERNAIS yang lalu.

Alhamdulillah, 4 buku saya sudahkan. Selain berbasi-basi dengan buku haraki lain untuk menjamu anak-anak usrah yang lama tak nampak di mata. Saya memilih dua buah buku untuk di santap oleh anak-anak secara online. Tak berhasrat untuk ulas buku-buku berbentuk cerita atau kisah dalam usrah online, kerana kisahnya saya cuba untuk dijadikan bahan berdiskusi bukan di alam maya. Saya terfikir bagaimana saya boleh menceritakan sirah dan kisah sahabat melalui  WhatsApp. Kerana kelemahan saya sendiri, maka saya hold. Dan ini buah tgn yg menarik untuk online version perkongsian membaca buku .

Majmu' Rasail dan Golongan yg tercicir di sepanjang jalan dakwah. 

Keduanya saya gunakan medium whatsapp. Jenuh juga taip, tapi kalaupun mereka seen kan sahaja pun saya gembira. Mana tahu suatu hari nanti mereka pasti perlukan nota-nota tersebut. 

Semogaa...



Dan ini empat buah buku yang saya fokus untuk saya sendiri.

1- Merantau Ke Deli - Prof HAMKA
2-  Piagam Wanita Islam
3- Surat Terbuka buat para wanita - Sayid Qutb dan Umar Tilmisani.
4- Mary ; An Exemplary Muslim Woman - Harun Yahya

Dan saya masih mencari Angkatan Baru karya prof Hamka.

InshaaAllah, saya berhasrat untuk lebih konsisten berkongsi coretan mengenai buku2 tersebut di sini. 

Supaya

Saya dapat melalui proses penghadaman buku yang lebih baik.

Baca, tulis dan cerita.

Doakan saya. 


***

Husna,
Bakal practical .

(;


Thursday, January 7, 2016

dua kosong satu lima ;)

Bismillah :)

Pengakhiran tahun 2015 Allah susun saya didalam gap panjang fatrah exam..
saya bermuhasabah dengan buku Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi oleh Ustaz Hazsrizal.

sebabnya satu ; kembara ustz Hasrizal dalam buku tersebut hampir sama dengan kondisi saya di dua kosong satu lima (baca: 2015)


dalam penulisannya, sebelum ustaz ke Turki ketika itu adalah masa kemuncaknya kejayaan, jemputan motivasi, program dakwah, kemewahan  dan sebagainya. maka kembara ke Turkinya itu adalah satu proses menalar semula makna dirinya semula.


saya jumpa sesuatu bila saya bermuhasabah di akhir 2015 dengan buku itu,

2015 tahun yang terlalu berwarna-warni untuk seorang Husna .

*****

Tahun 2015

keluarga saya sangat diuji,

Orang yang paling menginspirasikan saya pergi buat selamanya,

pelajaran saya seakan sukar,

FYP saya agak jauh buntu dibanding dengan yang lain,

Disamping saya harus memenuhi tuntutan jemputan utk dipenuhi,

dan yg selainnya yang tak mampu untuk diceritakan sedalamnya di sini.

Namun..

Pelangi Allah hadir dalam setiap episod.

Dan air mata kesyukuran saya hadir tiap kali pelangi cintaNya muncul :)

*********

seperti mana yang dinukilkan ustaz dalam buku tersebut,

saya dan 2015 ini lah tahun yang begitu diuji dengan kejayaan, kesenangan dan kemewahan. maka saya bermuhasabah mencari menggali menalar makna diri yang sebenar.

dan akhirnya,

Allah jualah yang mentakdirkan ini semua hingga tertulis begini indahnya kisah seorang Husna.


********

terima kasih 2015 Husna


:)
Husna As saedah
13.20
08012016






Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.