Tuesday, September 8, 2020

Random

Semenjak dua menjak ni aku rasa benci lah pada beberapa jenis orang dan peliknya semenjak dua menjak inilah jenis-jenis orang begini ramai betul didekatkan dalam hidup aku.

Sekian, 
Random
Peninglah gini

Thursday, September 3, 2020

Guna perkataan 'kesiaannya' pada tempatnya

 "laaa dah besar dah anak perempuan kamu ni. pandainya belajar tinggi. dah cantik dah dia sekarang, dah kahwin dah?" - A

'belum"- B

"laa, kesiannya!" -A


******

"dah lama kan kahwin? berapa lama dah?" - A

"dah 7 tahun, alhamdulillah"- B

"Berapa orang anak sekarang?"-A

"belum ada rezki lagi"- B

"alahai kesiannya, kahwin dah lama belum ada anak."


***

apa lah nak dikesiankan kat orang-orang itu, mereka okay je dan mereka tak kesian pun kat diri mereka sendiri, kenapa makcik-makcik semua kena kesian kan mereka 


betul lah kita kena guna perkataan kesian pada tempatnya bukan guna dengan betul




Wednesday, September 2, 2020

Buat Panggilan

Tadi aku telefon kawan lama aku yang dah lama aku tak berhubung. 45 minit jumlah masa kami bersembang. lamaaa. 

Banyak benda bertanya khabar yang kami bualkan dan banyak persamaan yang kami rasa semenjak lamanya kami tak jumpa. 

kali terakhir berjumpa, sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih kurang bulan Mac 2020 dan sekarang sudah 2 September 2020. 

sejujurnya, banyak benda terbuku dan tak terluah sepanjang masing-masing mula senyap. 

Benarlah kata-kata berikut:-

"Selagi tidak bertanya, 'tidak' adalah jawapan kepada semua persoalan."

Terima kasih kawan, 
sudi mengangkat telefon. 

Thursday, April 30, 2020

RamadanJournal3: 3 Podcasts Favorites

Bismillah,

8 Ramadan 1441 Hijrah bersamaan hari ke 38 Perintah Kawalan Pergerakan

Sebelum aku teruskan sambungan penulisan siri 2 semalam on how I cope to the uneasy stage during MCO.

aku share secara ringkas tiga podcast favourite aku since MCO ni (:

here the list:-

1) The Aida Azlin Show 

The Aida Azlin Show • A podcast on Anchor

selalu aku dengar kat youtube sharing tentang Aida Azlin ni. Since dalam MCO ni aku mencari jalan nak kurangkan melagha (baca: lalai) dengan lagu-lagu spotify. So here we are. Setakat ni aku paling terkesan dengan sharing bersama Ustaz Mizi Wahid.


2) Salam Girl


Salam, Girl! – Podcast – Podtail
snappic dia kat spotify

Podcast ini dikendalikan oleh dua orang wanita Amerika yang memeluk Islam; Monico Traverzo dan Nicole Queen. Setiap episod banyak sangat kupas tentang perspektif yang luar jangkaan aku macam kadang-kadang aku jadi addicted nak dengar lagi dan lagi. ouh aku rasa sharing dia banyak je yang tak related to girl so umumnya semua boleh dengar.

Satu tahap, aku ambil notes dan keep on baca berulang kali. Fuhh. Moga Syurga buat kalian!


3) Menjadi Manusia Sharing by Anchor Fm
Menjadi Manusia | Listen via Stitcher for Podcasts
Ni dia punya snappic kat spotify ya


Aku dengar podcast serries ni sebab kebelakangan ni aku terlebih melankolik -sukakan puisi- terkhayal dalam bait indah kata- sampaikan menaik aku punya motivasi bila aku dengar ayat yang puitis ini. Ouh dan podcast ini berbahasa indonesia.

sifirnya mudah: manusia suka percakapan yang lemah-lembut dan baik-baik! Jemput dengar.

Sekian,
Salam Ramadan Kareem.

Moga Allah terima semua amalan kita.


#RamadanJournal2: Murung

Bismillah,

Hari ke 37 Perintah Kawalan Pergerakan bersamaan dengan 7 Ramadan 1441 Hijrah.

Pada mulanya aku semangat nak buat 1 hari 1 catatan Ramadan, tiba-tiba wifi slow dan kelas online pulak sedang berlangsung.

satunya aku jadi guru bahasa arab sejak Januari yang lalu, yang itu anak-anak murid semua aktif tak boleh buat bincang.

duanya kelas dengan student degree UPSI subjek organic chemistry, aku as instructor je tapi kelas virtual still berjalan sampai lah minggu ini. Minggu depan dah cuti yeayyy!

tiganya meeting company, daily update. Aku sampai tak boleh brain dah dengan daily update secara maya ni. Rasa sesak, nak marah sebab kurang sabar. Tapi kalau marah pun nampak macam tak selesai masalah.

akhirnya,

aku jadi penat.

side extrovert aku mula menggelojak.

nak keluar, nak jalan-jalan, nak driving ke lebuh raya, nak bercakap, nak mencelah semasa discussion secara fizikal.

begitulah banyak sekali  nikmat tuhan yang ditahan sebentar kini.

sampai satu tahap aku cuba larikan diri dengan gaming, netflix dan scrolling social media non stop and the cycling repeated. 

aku akan sambung dalam tulisan yang seterusnya macam mana aku lari dari cycle yang membunuh masa aku ini.

"Adapun rezki anak adam telah ditulis. Selagi rezki itu tidak sampai kepadanya, dia tidak akan mati"- ayat deep yang buat aku buat turning point dalam musim perintah kawalan pergerakan ni.

Thursday, April 23, 2020

#RamadanJournal 1: Tentang Cinta

Bismillah,

Catatan 1 Ramadan 1441H - 24 April 2020

baiklah, inshaaAllah satu hari satu catatan bersempena Ramadan kali ini. sebab macam descriptions kat blog ini dah bagi tahu kan yang:

semakin kurang bercakap dengan teman, (apatah lagi nak berceramah seperti sediakala sebelum ini).


***

Aku akui aku terlalu cinta barangkali dengan benda-benda yang sedang aku kerjakan di satu fasa. Sampaikan aku rasa seronok dan produktif dalam mengerjakan hal-hal kecintaan tersebut.

Terlalu cinta sampai tak apalah tak tidur malam, tak apalah perlu berjalan jauh. Aku nak sangat benda itu, dan tanpa sedar cinta pada hal-hal itu membuat aku penat rupanya.

Rupanya ada hal yang lebih besar tentang cinta yang perlu aku dahulukan nescaya aku tidak penat dengan hal-hal lainnya.

"Adapun orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah" (2:165)

Aneh!

Fitrahnya memang tertanam rasa cinta kepada sang Tuhan, cuma belum sampai ke tahap hakiki. Kenapa?

sebab ada cinta lain yang melebihi cinta kepadaNya selama ini.

Moga Ramadan kali ini menguatkan cinta kita wahai sang Tuhan.


Aku mengimbau masa zaman gigih aku buat Ramadan4siswa dulu. gigihnya aku sambut Ramadan dengan pelbagai hal-hal kecintaan. Tapi sekarang aku suka tengok banyak idea aku berterusan dibuat oleh orang lain. #Terharu

Rujuk inisiatif Ramadan4siswa di facebook Persatuan Belia Harmoni Malaysia/ Harmoni Mission. 


Selamat beramal!

Banyak Benda

Bismillah,

ada banyak benda nak buat. Dalam kepala banyak idea, tapi belum rasa ada tempat yang sesuai untuk dibiakkan idea ini kepada praktikal.

begitulah.


bila tak mahu memulakan langkah, sampai bila-bilalah idea yang banyk bersarang dalam kepala ini sekadar sebuah idea.

Wednesday, April 22, 2020

Rindu

Minggu lepas ada dapat suggestion daripada naqibah, minta hadir satu program training bermodul. Oh ya, dan program tersebut memakan masa yang lama.

Dengan pantasnya aku kata tidak.

Masa ini aku terlalu rindu dengan sentuhan program-program yang membangun rohani, membasahkan jiwa dan hati.

aku rindu dalam mukhayyam.
aku rindu nak tidur bersama di RI.
rindu nak murajaah hafazan.

ahhhhh

Satu masa dulu, aku boleh berkata "akhawat, inilah tarbiyah kita. Training, modul kepimpinan, program siasah (baca: politik), medan bermasyarakat. Ini semua tarbiyah kita di zaman ini"

Hari ini "aku bunuh semua kata-kata aku yang dahulu. aku tak perlukan lagi ini semua (mungkin sementara, mungkin selamanya. Entahh)"


P/s; Ramadan lagi 2 hari


Saturday, April 11, 2020

Langit

Sudah hampir sebulan berada dalam fasa movement control order di Malaysia.

sambil hari-hari menyanyi:

"meski kau kini jauh disana, kita memandang langit yang sama"



(:

Friday, March 20, 2020

Koyak


aku: "Bunyi macam koyak je"

S: "Rabak"

aku dalam hati: "aku pun tak tahu aku ni mmg tak koyak ke atau pretending tak koyak.




Jadi, ada impian manusia lain yang aku nampak sukar. Ramai kata tak payah, buang masa tu, susah, tak penting, tak nampak masa depan.

Tapi aku ni bila dikata jangan, lagi rasa nak buat.


Terima sahaja lah Husna, Kau yang pilih begini (:

Saturday, January 18, 2020

Senyap sepi




Akhir bulan lepas semasa reunion #72 kat wedding Bidd, lama sembang dengan ily dan kebetulan anaknys si Mikael elok je tak merengek masa tu. 

Random je ily cerita pasal masa mula-mula balik setiawangsa, group usrah dia best sangat. Usrah sentiasa berjalan apa semua. Kemudian, dia ditukarkan usrah dan usrah barunya tak berjalan. Since, ily pun dah ada anak jadi dah agak payah nak bergerak follow up apa semua bla bla bla.


Husna diam sahaja mendengarkan.

akhirnya, Husna angkat suara:

"Aku dah lama tak pergi usrah, nak masuk tiga bulan aku tak respon semua berkaitannya."

Aku tambah lagi

"dan aku juga dah letak jawatan segala jawatan luar yang ada"

Ily jawab:

"Seriuslah?" - semacam nak kan penjelasan lebih dalam.

Aku kata:
"sebab terluka"


***

Jarang-jarang rasa terluka ni muncul, tapi itulah kalaulah ianya terjadi pada anda sendiri nescaya anda tidak memperlekehkan rasa terluka orang lain.

Dan,

Maaf sebab dahulunya pernah juga meremehkan rasa terluka orang lain.

#72 berhuha di wedding Bidd


Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.