Thursday, April 30, 2020

#RamadanJournal2: Murung

Bismillah,

Hari ke 37 Perintah Kawalan Pergerakan bersamaan dengan 7 Ramadan 1441 Hijrah.

Pada mulanya aku semangat nak buat 1 hari 1 catatan Ramadan, tiba-tiba wifi slow dan kelas online pulak sedang berlangsung.

satunya aku jadi guru bahasa arab sejak Januari yang lalu, yang itu anak-anak murid semua aktif tak boleh buat bincang.

duanya kelas dengan student degree UPSI subjek organic chemistry, aku as instructor je tapi kelas virtual still berjalan sampai lah minggu ini. Minggu depan dah cuti yeayyy!

tiganya meeting company, daily update. Aku sampai tak boleh brain dah dengan daily update secara maya ni. Rasa sesak, nak marah sebab kurang sabar. Tapi kalau marah pun nampak macam tak selesai masalah.

akhirnya,

aku jadi penat.

side extrovert aku mula menggelojak.

nak keluar, nak jalan-jalan, nak driving ke lebuh raya, nak bercakap, nak mencelah semasa discussion secara fizikal.

begitulah banyak sekali  nikmat tuhan yang ditahan sebentar kini.

sampai satu tahap aku cuba larikan diri dengan gaming, netflix dan scrolling social media non stop and the cycling repeated. 

aku akan sambung dalam tulisan yang seterusnya macam mana aku lari dari cycle yang membunuh masa aku ini.

"Adapun rezki anak adam telah ditulis. Selagi rezki itu tidak sampai kepadanya, dia tidak akan mati"- ayat deep yang buat aku buat turning point dalam musim perintah kawalan pergerakan ni.

No comments:

Post a Comment

Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.