Thursday, April 30, 2020

RamadanJournal3: 3 Podcasts Favorites

Bismillah,

8 Ramadan 1441 Hijrah bersamaan hari ke 38 Perintah Kawalan Pergerakan

Sebelum aku teruskan sambungan penulisan siri 2 semalam on how I cope to the uneasy stage during MCO.

aku share secara ringkas tiga podcast favourite aku since MCO ni (:

here the list:-

1) The Aida Azlin Show 

The Aida Azlin Show • A podcast on Anchor

selalu aku dengar kat youtube sharing tentang Aida Azlin ni. Since dalam MCO ni aku mencari jalan nak kurangkan melagha (baca: lalai) dengan lagu-lagu spotify. So here we are. Setakat ni aku paling terkesan dengan sharing bersama Ustaz Mizi Wahid.


2) Salam Girl


Salam, Girl! – Podcast – Podtail
snappic dia kat spotify

Podcast ini dikendalikan oleh dua orang wanita Amerika yang memeluk Islam; Monico Traverzo dan Nicole Queen. Setiap episod banyak sangat kupas tentang perspektif yang luar jangkaan aku macam kadang-kadang aku jadi addicted nak dengar lagi dan lagi. ouh aku rasa sharing dia banyak je yang tak related to girl so umumnya semua boleh dengar.

Satu tahap, aku ambil notes dan keep on baca berulang kali. Fuhh. Moga Syurga buat kalian!


3) Menjadi Manusia Sharing by Anchor Fm
Menjadi Manusia | Listen via Stitcher for Podcasts
Ni dia punya snappic kat spotify ya


Aku dengar podcast serries ni sebab kebelakangan ni aku terlebih melankolik -sukakan puisi- terkhayal dalam bait indah kata- sampaikan menaik aku punya motivasi bila aku dengar ayat yang puitis ini. Ouh dan podcast ini berbahasa indonesia.

sifirnya mudah: manusia suka percakapan yang lemah-lembut dan baik-baik! Jemput dengar.

Sekian,
Salam Ramadan Kareem.

Moga Allah terima semua amalan kita.


No comments:

Post a Comment

Hello 2024 (:

 Bila pandang belakang,  laaa jauh dah berjalan.